? ??????????????Future Stars Will Be Dim? ????? ?? ???Rating: 4.8 (10 Ratings)??5752 Grabs Today. 13979 To
tal Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Punk Splatz? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??1078 Grabs Today. 3486 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ??? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, December 8, 2009

TAJUK KARYA:FiLeM KeHiDuPaN..

                                                                   BAB 7

  Katty duduk bersandar di sofa di rumahnya.Rasanya seperti baru semalam,umat Islam meraikan hari raya Aidiladha.Pejam,celik,pejam,celik sudah seminggu berlalu hari raya tersebut.Pada masa itulah,ramainya manusia pulang ke kampung halaman masing-masing.Menziarahi sanak-saudara,kaum-kerabat dan sahabat handai disana.Mulalah perasaan menjadi bercampur-baur;gembira dan sedih.Bau masakan pada masa itu,berbeza dengan bau masakan seharian di rumah.Ada bau daripada rebusan ketupatnyalah,ayam sambalnyalah,dan paling istimewa rendang daging korban.Ianya sama seperti hari raya Aidilfitri.Apa yang membezakannya,sambutan hari raya Aidiladha tidak semeriah semasa hari raya Aidilfitri.Tambahan lagi pada zaman sekarang.Ape ye sebenarnya yang membuat sambutan hari raya pada zaman sekarang tidak memberangsangkan?Getus hati Katty.Tiba-tiba handphone Katty berdering.Khayalannya yang sebentar tadi lantas terpadam.Lalu Katty melekapkan handphonenya itu di telinga.
  "Assalamualaikum!!Wei,kau free tak sekejap lagi ni?Aku nak ajak kau keluarlah.Ade suprise!!"
  "Waalaikumussalam..Oh,kau rupenye Sya.Sedap-sedap aku berangan tadi,sibuk je kau kacau.Erm,aku ok je.Memang takde benda nak buat pon.Boring gile.Kite nak pergi mane ek?"Jawab Katty sambil bangun dari sofa yang didudukinya tadi.
  "Yeke?Berangan pasal apelah tu..Ok,baguslah kalau takde pape event.Nanti aku jemput kau.Kau siap tau sekarang.Daaa.."Belum sempat Katty menjawab,sengaja Afisya memutuskan taliannya.
   "La,aku kan tanye die nak pergi mane,tapi apasal die tak jawab ek?Suprise ape agaknye?"Tanya Katty seorang diri.
   Tanpa berlengah,Katty bersiap untuk keluar bersama kawan baiknya itu.Dengan mengenakan baju blouse bewarna merah bersama seluar jeans lusuh menampakkan lagi keremajaan Katty.Akhir sekali menyarung tudung bercorak pelangi bagi menampakkan kontra pada gayanya yang bersahaja.Setelah meneliti diri di hadapan cermin,Katty mancapai beg tangannya yang bewarna hitam yang terletak diatas meja solek.Apabila menjengah keluar daripada tingkap bilik,kelihatan Afisya baru sahaja tiba di rumahnya.
  "Mak,Kat nak keluar tau.Jalan-jalan ngan Sya.Boringlah duduk rumah.Bolehkan?"tanya Katty kepada Puan Nor yang sedang bersiap untuk ke majlis perkahwinan anak rakannya.
  "Ha,yela.Mak pun nak pergi kenduri ni.Jangan balik lambat tau.Mak bagi mase 3 jam je."Jawab Puan Nor dengan tegas.
  "Ok.Thank you mom.Love you.Assalamualaikum."Katty sedikit membodek bagi melembutkan hati maknya.
  "Oii!!Lambatnya.Nak kate bersolek nampak cam takde bedak langsung.Kau tidur ke tadi?"Tanya Afisya selepas Katty memasuki kedalam keretanya.
  "Taklah.Aku siap awal tadi,tapi aku kena lah mintak kebenaran dari mak aku dulu kan?Apelah kau ni.Eh,kite nak pergi mane ni?"
  "Ops!!Sorry lupe pulak.Ok,oklah.Kate suprise mane boleh bagitau dulu.Wait and see.."Jawab Afisya,lantas memulakan perjalanan dengan cermat.Agar selamat pergi,selamat pulang.
  "Aik!!Ni jalan nak pergi Danga Bay je.Kau nak buat ape kat sini?Birthday aku belum lagi?"Tanya Katty dengan penuh tanda tanya.Afisya hanya tersenyum halus apabila mendengarnya sambil memusingkan stereng kereta dengan kemas.
  "Ok,we are arrived.So,semua soalan kau tadi akan terjawab tak lame lagi."Tiba-tiba Afisya bersuara setelah memarkirkan kereta di halaman Danga Bay.Lalu,mereka berdua meneruskan perjalan ke arah rumah limas yang tidak jauh dari tempat memarkir kereta.
  "Kau tau tak?Hari ni ade orang nak belanje kite makan kat sini.Tu yang aku ajak kau datang sekali.He..He.."Ujar Afisya sambil tergelak kecil apabila melihat kebingungan kawan baiknya itu.
  "Ish!!Apasal kau tak cakap dari tadi?Bukannye susah pun.Ha,siape orang yang pemurah tu?"Jawab Katty teruja.Tetapi sekali lagi Afisya tidak menjawabnya.Sabar sahajalah dengan perangai kawannya itu.Malah,Afisya membuat panggilan telefon pula.Tetapi hanya sekejap sahaja.Gerutu hati Katty tidak puas hati.
  "Ha,dah sampai pun pemuda yang pemurah tu.Cube kau tengok orang yang datang ke arah kite."Ujar Afisya.Apabila dilihat betul-betul macam biasa tengok muka ni dahulu.Tapi takut tersalah orang pula nanti.Desis hati Katty.Afisya pula,hatinya semakin berdebar-debar apabila pemuda itu semakin menghampiri mereka berdua.
  "Assalamualaikum..Awak berdua inikah yang bernama Katty dan Afisya?"Pemuda itu menyapa sambil melunjurkan ibu jari kearah mereka berdua.Raut wajahnya yang kelihatan seperti kacukan Jepun dan China membuat mata orang sekeliling memandang tanpa berkedip.Tetapi tiba-tiba mereka bertiga ketawa bersama.
  "Poyolah kau ni Mirza.Eh,duduklah cepat.Tengok,semua orang perhatikan kat tempat kite je dari tadi."Ujar Afisya sambil memanggil pelayan di situ.
  "E'eleh.Aku ingat siapelah tadi.Rupenye kau Mirza.Buat suspend je.Lain dah muke kau.Makin cute pulak.Jealous aku tau.Ni ke yang kau kate suprise tadi Sya?"Ujar Katty sambil tergelak kecil.
  "Oh,yeke?Thank you so much.Well,nak buat camne dah tercute.He..He..Kau sorang je puji aku tau,nak harapkan Sya,sampai bile-bile pun tak terpuji.."Sekali lagi mereka tergelak kecil.
  "Eleh,nak buat ape puji.Nanti makin 'kembang' kau jadinya.Ha,oklah,korang nak order ape?Jangan risau Mirza belanje."Ujar Afisya sambil menjongketkan kedua belah keningnya.
  Mereka berbual panjang,seperti mahu 'balas dendam' untuk 2 tahun yang lalu.Tetapi apa yang menghairankan,riak wajah mulus Afisya tiba-tiba berubah.Adakah kerana perasaan yang keliru hari itu datang kembali?Adakah Afisya cemburu Katty dan Mirza saling puji-memuji dan bertepuk-tampar atau sebaliknya?Perasaannya pada masa itu sangat keliru dan bercampur-baur.Sesekali kawannya,Mirza juga terperasan akan perubahan pada percakapan dan riak wajah Afisya pada masa itu.Lekas-lekas Afisya menceriakan semula dirinya setelah dia ternampak Mirza menjelingkan mata kearahnya.Katty pula masih tidak sedar apa yang sebenarnya berlaku pada masa itu.Malah,cepat-cepat menghabiskan makanannya itu akibat teringat janjinya terhadap Puan Nor,maknya.Lantas,mereka pun berpisah dengan rasa yang gembira.Tetapi tidak bagi Afisya,yang kelihatan sedikit muram dan tidak seceria Katty.Banyak persoalan yang bermain di fikiran masing-masing..

0 comments: