? ??????????????Future Stars Will Be Dim? ????? ?? ???Rating: 4.8 (10 Ratings)??5752 Grabs Today. 13979 To
tal Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Punk Splatz? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??1078 Grabs Today. 3486 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ??? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, November 25, 2009

TAJUK KARYA:FiLeM KeHiDuPaN..

                                                                   BAB 6

  Afisya menelentang di atas katil tanpa membuka selendangnya yang masih terlilit dikepala.Bola matanya terus menghala menghadap kipas syiling yang berputar ligat.Fikirannya masih memikirkan perkara tadi.
 "Sya.Lepas solat nanti,bawak ibu pergi pasaraya ye.Nak beli barang-barang untuk esok."Terjah Puan Misha daripada pintu bilik Afisya yang terkuak luas..
  Fikiran yang tadi melayang entah kemana telah dipintas oleh terjahan ibunya.Lantas Afisya pun duduk sambil tersenyum pada sisi katil.Mencuba menghilangkan fikiran yang telah melalaikannya sebentar.Selendang yang masih terlilit dibuka dengan kemas.Membiarkan rambutnya yang panjang separas bahu beralun akibat angin daripada kipas syilin yang berputar dengan ligat.Afisya terus bangun dan berjalan ke arah almari pakaiannya untuk mengambil pakaian untuk diganti.Matanya pula liar melihat ke arah jam dinding yang telah menunjukkan pukul 3.15 petang.Terdetik di hatinya tidak wajar dia melengah-lengahkan masa sewaktu begini.Lantas Afisya terus mengambil wuduk untuk menunaikan solat Zohornya.
  Selesai sudah melipat kembali telkung,Afisya lantas memakai tudung untuk menemani ibunya ke pasaraya untuk membeli kelengkapan pada hari raya Aidiladha esok.Setinggi-tinggi dipanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana dalam sekelip mata cepat masa berlalu dan masih dapat meneruskan hidup sebagai khalifah-Nya.Desis hati Afisya sepintas lalu.Afisya terus mendapatkan ibunya di dapur.Tetapi ibunya tidak kelihatan.Apabila diamati,rupa-rupanya ibunya sedang menunggu di halaman rumah.
  "Oh,kat sini rupenye ibu.Patutlah Sya cari kat dalam rumah tak jumpe.He..He.."ujar Afisya.
  "Yela tu.Dah lame tau ibu tunggu kat sini.Kenape lama sangat Sya siap?Dah,dah.Jom cepat kite bertolak nanti cepatlah kite balik.Abang kau kate die sampai sini mungkin dalam pukul 8.00 malam."sahut Puan Misha sambil masuk ke dalam kereta Afisya.
  Baru Afisya teringat,abangnya Afifi akan pulang malam ini kerana mendapat cuti daripada universitinya selama seminggu.Mungkin disebabkan memikirkan perkara sebentar tadi membuatkan Afisya terlupa akan abangnya.Fikir Afisya.Afisya pun masuk ke dalam kereta.
  "Sorry bu..terlambat sikit je..he..he..Kite nak pergi pasaraye yang mane ni?"tanya Afisya.
  "Yela.Kite pergi pasaraye yang biasa tu jelah.Murah sikit."ringkas Puan Misha.
  Afisya hanya mengangguk-nganggukkan kepalanya tanda faham.Memang menjadi kebiasaan setiap kali hendak membeli sesuatu barang itu secara banyak,pasaraya itulah yang menjadi pilihan hati Puan Misha.Lalu,kereta kepunyaan Afisya membelah jalanraya menuju ke arah pasaraya tersebut.
  Tidak sampai 10 minit,mereka sudah sampai di pasaraya tersebut.Afisya pun memarkirkan kereta di tempat yang telah disediakan yang berhadapan dengan pasaraya itu.Nasib baik petang ni tak terlalu ramai singgah di pasaraya ini,jika tidak sudah semestinya tidak ada tempat parkir,sesak dan penuh.Getus hati Afisya.Mereka pun terus memasuki pasaraya itu dengan pantas.Puan Misha hanya memikirkan jika lambat nanti suaminya pulang,bagaimana hendak masuk ke rumah,rumah berkunci.Suaminya pula tidak membawa kunci lebih.
Selama setengah jam,Puan Misha dan Afisya dapat membeli barang-barang yang diperlukan esok.Banyak juga yang dibelinya,bagai memiliki keluarga yang besar sahaja.Desis hati Afisya sambil tersenyum halus.Sambil itu Afisya menolong ibunya mengangkut barang-barang yang telah dibeli tadi ke dalam but kereta.Lalu,Afisya begitu juga dengan Puan Misha masuk ke dalam kereta.Afisya pun menghidupkan enjin lantas keretanya membelah jalanraya yang mula sesak.Kebiasaannya pada pukul 4.30 hingga pukul 6.00 petang,jalanraya di bandar-bandar seperti ini akan mula sesak akibat daripada pekerja-pekerja kerajaan pulang ke rumah masing-masing.Mulalah semuanya gelisah,gundah-gulana kerana takut akan lewat sampai ke rumah.Tetapi tidak bagi Afisya.Dia seorang gadis yang pandai menangani kesesakkan jalanraya.Dia juga tahu selok-belok jalan pintas yang ada di bandar tersebut.Tidak sampai 20 minit,mereka telah sampai ke rumah.Kelihatan Encik Yusof juga menyusul di belakang kereta Afisya.Dengan berhati-hati Afisya memarkir keretanya di halaman rumah.Diikuti oleh bapanya,Encik Yusof.Namun selepas itu semua masuk ke dalam rumah kerana hari semakin senja.
  "Ibu,ayam ni nak masak ape esok?"tanya Afisya sambil membawa bungkusan ayam yang telah dipotong di pasaraya tadi untuk dibawa ke dapur.Belum sempat ibunya,menjawab,bapanya pula menyampuk.
  "Oh,tadi tu pergi pasaraye lah ea?Mi tak bagitau abang pun."tegur Encik Yusof sambil menjeling manja ke arah isterinya yang tersayang.
  "A'ah.Lupe pulak Mi nak bagitau.Sorry ye bang.He..he..Eh,tadi Sya tanye ape ek?"jawab Puan Misha sambil tergelak kecil.
  "Ish,apelah ibu ni.Sya tanye ayam nak masak ape esok?"Terang Afisya.
  "Oh..Mungkin masak sambal atau rendang kot.Sya nak ibu masak ape?"Ujar Puan Misha sambil mengeluarkan barang-barang daripada beg plastik tersebut.
  "Erm,Sya tak kisah.Ape-ape pun boleh.Nanti abang balik tanye die jelah."Ujar Afisya sambil membuka tudungnya,lalu terus masuk ke bilik.
  Setibanya Afisya di bilik,kebetulan handphonenya juga berdering.Tetapi hanya sebentar sahaja.Tidak sempat untuk Afisya menjawab panggilan tersebut.Semasa Afisya menatap skrin handphonenya,tiba-tiba ada mesej pula yang diterima.-Salam..aku de suprise untuk kau.Aku balik esok tau.Jangan lupe menanti kehadiran aku.He..He..-Mesej itulah yang telah diterima oleh Afisya daripada kawan baiknya dahulu,Mirza.
Apabila melihat nama orang yang menghubunginya tadi itu juga adalah Mirza.Hati Afisya mula berdebar-debar.Entah kenapa perasaannya menjadi begitu sekarang.Dahulu tidak pernah pula muncul perasaan sebegini.Pelik.Bisik hati Afisya sambil tersenyum seorang.
 
 
 

Tuesday, November 24, 2009

TAJUK KARYA:FiLeM KeHiDuPaN..

                                                           BAB 5

  "Assalamualaikum.."Tiba-tiba sapaan itu yang terpancul daripada handphone Afisya.Jantung Afisya mula berdegup laju sejurus mendengar suara lelaki yang tidak dikenalinya itu.
  "Boleh saya bercakap dengan Afisya?"Belum sempat Afisya menjawab salam,lelaki itu terus bertanya.
  "Waalaikumussalam.."
  "Ye,saya ni Afisya.Siapa ni ek?"Akhirnya Afisya membalas percakapan lelaki yang masih belum dikenalinya itu.Hatinya masih bedebar-debar untuk mengetahui siapa gerangan lelaki tersebut.
  "Oh,nasib baik betul aku dail nombor ni..Ish,kau ni.Mentang-mentanglah kite dah tak jumpe 2 tahun,dah tak kenal suara aku ea?"ujar lelaki itu lagi.
  "Erm,sorrylah..Mungkin dah terbuang nombor ni kot.Ni Mirza ke?"Agak Afisya kerana setahunya suara yang garau itulah yang selalu diingati Afisya semasa zaman persekolahannya.Suara itulah juga yang selalu berbual dengannya 2 tahun yang lalu.Fikir Afisya sejenak.
  "Eh,yang call tu Mirza ke?"tiba-tiba Katty menyampuk setelah mendengar perbualan diantara Afisya dan Mirza.Afisya hanya menganggukkan kepala.
  "Ha!!Betul lah tu.Aku memang Mirza lah.Tak percaye ke?Sorrylah aku tak bagitau yang aku dah tukar nombor.he..he..Aku saje call kau sebab aku cuti 2 minggu tau.Bolehlah kite jumpe nanti."Jawab Mirza dengan perasaan yang gembira kerana akhirnya dapat juga menghubungi Afisya,rakan baiknya sesama zaman persekolahan dahulu.
  "Oh kau rupenye.Mati-mati aku ingat sape tadi.Sampai berpeluh-peluh tau aku.Apsal baru sekarang kau contact aku ek?Penat aku contact nombor lame kau rupe-rupenye kau dah tukar nombor baru.He..He..Yela,mentang-mentanglah dah belajar kat overseas.. "Ujar Afisya panjang lebar sambil mencebikkan bibir.Katty pula hanya tersenyum melihat gelagat kawan karibnya, sambil menyedut minuman yang telah dipesannya tadi.
  "Ala kau ni..Ni pun dah bernasib baik tau,aku cume contact kau je daripada ramai-ramai kawan aku.Sebab kau special sikit.He..He.."Jawab Mirza sambil tergelak kecil.Afisya pun turut tergelak kecil setelah mendengar percakapan kawannya itu.Lalu,mereka pun terus berbual panjang.Mungkin untuk melepaskan rindu yang lama terpendam.Minuman Afisya yang telah terhidang itu sekali-sekala disedut oleh Afisya bagi menghilangkan dahaga sepanjang perbualannya.Tetapi Katty tidak menghiraukan perbualan mereka berdua sebaliknya menikmati makan yang telah dipesannya tadi.Dengan perut yang berkeroncong sejak dari pagi,dalam sekelip mata makanannya tadi sudah tiada sisa lagi.
  "Oklah Mirza..Kite jumpe je nanti.Kelas aku dah nak mule dah ni.Jangan lupe mesej-mesej nanti.Kirim salam kat family kau tau.Assalamualaikum.."Ujar Afisya sambil melihat jam yang terlilit pada pergelangan tangannya yang sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah hari.Kelasnya pula akan bermula pada pukul 12.30 tengah hari nanti.Takut terlambat masuk kelas pula.Desis hatinya.
  "Ok..Insya-Allah aku kirimkan and Insya-Allah kalu aku dah sampai Malaysia,aku call kau lagilah ye.Kau pun kirimkan salam aku kat family and Katty jugak tau.Waalaikumussalam.."Jawab Mirza lalu memutuskan talian.Afisya juga terus melekangkan handphonenya daripada telinga.
  "Katty,Mirza kimsalam kat kau.Die kate die nak balik nanti.Tak sabar aku rase.And die kate gak die nak jumpe kite nanti."Terang Afisya kepada Katty sambil menyedut sisa air minumannya tadi.
  "Oh,waalaikumussalam..Oklah tu..Bile die nak jumpe kite?"Jawab Katty sambil mengesat mulutnya dengan tisu yang memang disediakan diatas meja makan tersebut.
  "Erm..Tak tau lagilah.Mungkin die call lah nanti.Eh,jom cepat-cepat.Kelas aku dah nak mule ni.I should go now.Kau punye kelas pun mule pukul 12.30 jugak kan?"tutur Afisya sambil mencapai beg galas bewarna putih miliknya yang bersebelahan dengannya.Mata Katty yang galak itu pun terbeliak setelah tersedar bahawa kelasnya akan bermula tidak lama lagi.Lantas dia pun bangun daripada kerusi itu.
  Jam dinding Kolej Dunia Kesenian telah menunjukkan pukul 2.30 petang.Menjengah ke kelas tarian Afisya,ramai pelajar brpusu-pusu untuk keluar pulang.Begitu juga dengan kelas vokal Katty.Setelah keadaan agak lengang,barulah mereka berdua keluar daripada kelas masing-masing.Mereka memang tidak gemar untuk berhimpit-himpit apabila keluar daripada kelas.Tidak ada apa untuk dikejarkan.Itulah yang sentiasa mereka ingat agar keadaan tidak menjadi terlalu sesak.tanpa berlengah mereka terus menuju kearah kereta Afisya yang terparkir kemas.Jika tidak ada apa-apa yang penting untuk di beli,Afisya akan terus pulang ke rumah.Dia mesti menghormati pesanan ibunya yang sentiasa menasihati anak-anaknya sejak kecil lagi.Selalunya,waktu-waktu begini perjalanan di Johor Bahru lancar,tidak terlalu sesak dengan kenderaan-kenderaan besar mahupun pacuan empat roda.Fikir Afisya lega kerana dapat meneruskan perjalanan pulang dengan lancar.Seperti biasa,sebelum Afisya pulang ke rumahnya,dia akan menghantar kawan karibnya Katty pulang dahulu.
  "Terima kasih,Sya."ujar Katty.
  "Same-same"Jawab Afisya.Sesampai sahaja di rumah Afisya teringat akan kata-kata kawan baiknya,Aji-'Sebab kau special sikit.'Seperti ada makna di sebalik kata-kata selambanya itu.Mungkinkah Aji menyimpan perasaan....Ah!!mana mungkin.Selama ini kami berkawan baik.Tidak mungkin ada perasaan cinta.Bisik Afisya seorang sejurus keluar daripada keretanya.Dengan fikiran yang buntu Afisya pun melangkah masuk ke pintu utama rumahnya.
  "Aik!!Dah balik tak bagi salam pun?"Tanya Puan Misha.
  "Oh,lupe pulak.Assalamualaikum."Ujar Afisya sambil tersenyum halus.Lalu,Afisya pun terus masuk ke bilik.Apa kena dengan anak gadisnya itu agaknya.Kelihatan seperti seorang yang buntu.Gerutu hati Puan Misha setelah melihat anaknya yang tidak seceria selalu.

Monday, November 23, 2009

TAJUK KARYA:FiLeM kEhiDuPaN..

Sambungan untuk BAB 5  akan ditangguhkan seketika..hehe..skema ar plak ayat..huhu..kalu korang alwyz follow aku punyer blog,sabo2 tunggu update trbaru aku k..lately ni aku bz sket..so,novel aku pon terkontang kanting lagi..aku pon tak tau bile ar nak siap..huhu..tgh mencari idea sbnrnye..hehe..takpe2,aku skang ni tgh cari mase yg sesuai untuk siapkan novel aku tu..tapi bukan skang ar..takpe2,korang tunggu je ar k..hehe..jangan lupe,kalu dah bace tu komen2 ar k..aku nak tau gak pe komen or testimoni untuk novel aku tu..k ar...chow dulu...daaaaa...

Tuesday, November 17, 2009

TAJUK KARYA:FiLeM KeHiDuPaN..

                                                                   BAB 4

  "Ibu,Sya pegi dah nak pegi ni."Ujar Afisya sambil mengerling pada jam dinding rumahnya yang sudah
 menunjukkan pukul 8.30 pagi.Lama juga dia bersiap kali ini.Bisik hatinya sendiri.
"Ha,yela."Jawab Puan Misha yang terus keluar daripada dapur untuk memberi restu kepada anaknya.Lalu,Afisya lantas menuju kearah keretanya dan menghidupkan enjin.
"Sya,lupe ibu nak bagitau..Malam tadi abang kau telepon..Katanye nak balik minggu depan.Dia dapat cuti lah tu."Ibunya lekas memberitahu sebelum anak gadisnya itu meneruskan perjalanan.Afisya mendengar sambil mengangguk.
"Oh,yeke?Baguslah camtu,lagipun hari raya koban dah nak dekatkan?Erm,ibu nak suruh Sya beli ape-ape ke?"
"Takde lah.Lagipun banyak lagi barang-barang dapur tu.Kalau dah nak abis pun,ibu boleh suruh ayah kau beli lah."Balas Puan Misha sambil tersenyum halus.
  Afisya pun terus mengundurkan keretanya sambil melambai tangan kepada ibunya.Secara tiba-tiba handphone Afisya berdering di dalam poket seluarnya.Tanpa berlengah,segera dia melekapkan handphonenya di telinga tanpa melihat pada skrin handphone tersebut.
"Hello.."
"Hello!!Kau jangan lupe amik aku tau.Aku dah kat luar rumah dah ni."suara itulah yang terjah tiba-tiba daripada corong handphone Afisya.Memang sudah kenallah suara seperti ini,mesti Katty.Agak hatinya.
"Oh,kau rupenye.Yela,aku dah nak sampai rumah kau ni."Terus sahaja kawan karibnya,Katty memutuskan talian.
  Setibanya Afisya di depan rumah kawannya,Katty,dia dapat melihat,benarlah kawannya itu sudah menunggunya.Baru sahaja Afisya memberhentikan kereta,gadis yang bernama Katty itu terus masuk ke dalam kereta Afisya.Seperti baru lepas melihat hantu.Desis hati Afisya yang kaget melihat kawannya itu tergesa-gesa.
"Woi,kau ni apesal?Laju aje.Relakslah.Belum lambat lagi pun."Pujuk Afisya.
"Aku saje je.Tak sabar aku nak duduk kat kereta baru camni."Katty berkata sambil tergelak kecil.
  Afisya mendengar hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum halus.Lantas,kereta berjenama Suzuki Swift berwarna hitam terus membelah jalanraya Johor Bahru yang agak sesak.Tetapi dengan kemahiran yang dia miliki,Afisya terus mengambil jalan pintas supaya cepat tiba di kolejnya.Nasib baiklah sebelum ini,apabila bersiar-siar,dia dapat menghafal jalan pintas yang selalu dilalui oleh bapanya.Bisik hatinya lega.Kawannya Katty disebelah hanya memperhatikan jalanraya di hadapannya sambil mendengar lagu di corong-corong stereo.Sesekali mereka berdua menyanyi mengikut irama yang terpancul daripada stereo itu.
  Tepat pada pukul 8.55 pagi,mereka pun sampailah di destinasi yang ditujui.Tanpa berlengah,mereka berdua segera menaiki lif untuk ke kelasnya yang berada di tingkat 3.Dalam perjalanan untuk ke kelas mereka,ada sesekali mata nakal mengerling kearah mereka.Ada juga yang menegur,tetapi mereka berdua ini bukanlah seperti perempuan murahan yang cepat terpengaruh dan tergedik-gedik dengan pikatan lelaki miang di situ.Apa tidaknya,Afisya itu seorang yang cantik,kulitnya mulus dan bersih,badannya pula ramping dan tinggi lampai.Katty pula tidak kurangnya.Kulitnya yang hitam manis,badannya juga ramping dan matanya yang galak itu sering membuat ramai jejaka tergoda.Mereka memang tidak suka melayan sebarang lelaki dan mereka juga sukar untuk didekati.Tidak lama selepas itu,mereka pun terus masuk ke dalam kelas dan tujuan hanyalah satu iaitu untuk belajar ikhlas kerana Allah.Niat itulah yang selalu diterapkan apabila hendak menghadiri sesi pembelajaran atau majlis apapun supaya hidupnya sentiasa mendapat keredhaan daripada-Nya.
  Sesi pembelajaran berlangsung seperti biasa.Kadang-kadang sasana sepi di kolejnya menjadi riuh-rendah apabila ada sesetengah sesi pembelajaran yang sudah tamat serta tiba waktu rehat.Keadaan menjadi lebih sukar untuk dikawal apabila hendak memasuki cuti semester ataupun cuti Sabtu dan Ahad.
"Kring!!!"
Setiap kali pukul 11.00 pagi dan pukul 3.00 petang,loceng Kolej Dunia Kesenian akan berbunyi.Ini menandakan waktu pertama sudah tamat dan tiba waktu berehat bagi para pelajar dan para pengajar di situ.
"Eh,jom kite pegi makan jap.Aku laparlah..Tak sarapan tau pagi tadi.."Gerutu Katty kepada Afisya.
"Sape suruh tak sarapan?Nak mengadu lah tu.Manje betullah kau ni."Sengaja Afisya meninggikan suara sambil tergelak kecil.
  Lalu,mereka berdua terus ke cafe yang berada di kolej tersebut.Terpaksalah juga Afisya menemani kawanya makan,kerana itulah satu-satunya kawan karibnya.Terfikir Afisya sejenak.Katty pun segera mengorder makanan yang ingin dijamunya.Sebaliknya,Afisya hanya mengorder air minuman sahaja.Sedang enak mereka menikmati hidangan masing-masing,tiba-tiba mereka dikejutkan oleh handphone Afisya yang berdering.Apabila Afisya melihat skrin handphonenya,tertera nombor yang tidak dikenali menghubunginya.Namun Afisya tetap berfikir rasional lantas melekapkan handphonenya di telinga.Afisya sengaja tidak mengeluarkan suara kerana ingin mendengar suara orang yang tidak dikenali yang menghubunginya itu.Tetapi apabila didengar,suara lelakilah yang menghubunginya.Rasanya seperti kenal suara itu.Suara yang selalu didengarnya pada zaman persekolahan dahulu.Teka hati Afisya.Matanya juga tiba-tiba dibesarkan.Katty yang duduk disebelahnya hanya memperhatikan gelagat kawannya itu.Dia tidak mahu mengganggu komunikasi antara Afisya dengan orang yang menghubunginya.Tetapi Afisya tidak terus menerjah siapa gerangan orang lelaki yang menghubunginya itu..
 

Monday, November 16, 2009

TAJUK KARYA:FiLeM KeHiDuPaN..[3]

                                            BAB 3

  Angin malam yang dingin sesekali meraup wajah mulus Afisya yang duduk dikerusi di laman rumahnya.Dimana agaknya kawan karibnya sekarang?Sampai sekarang tak lagi sampai.Rumah bukan jauh pun.Gerutu hati Afisya sementara sedang menunggu kehadiran kawannya,Katty.Setelah beberapa minit menunggu,Afisya pun terus masuk ke dalam rumah akibat dingin malam yang semakin sejuk di luar.Tiba-tiba kedengaran enjin motor yang semakin menghampiri rumahnya.Afisya pun menjenguk ke luar melalui pintu utama.Memang sudah agak,bunyi enjin motor tersebut kepunyaan kawan karibnya,Katty.Akhirnya penungguan Afisya sudah pun berakhir.
  "Assalamualaikum"sapa Katty sambil mematikan enjin motornya.
"Waalaikumussalam..Panjang umur kau..Apsal kau lambat sangat datang?Penat aku tunggu tau..Bukannye nak mesej ke telepon ke.."tegas Afisya kepada kawannya itu.
"Sya,Katty dah sampai ke tu?Bagi die masuk cepat..Sejuk kat luar tu.."Sampuk Puan Misha.
Lalu,Afisya bersama kawannya itu masuk ke dalam rumah.Mereka pun terus menuju ke bilik Afisya untuk memulakan perbincangan tentang kerja kursus mereka.
"Eh,kau tak jawab soalan aku lagi tadi kan?Apsal ek?"tanya Afisya yang mahukan keterangan daripada kawan karibnya itu.
"Macam mane aku nak jawab,dah ibu kau potong cakap aku tadi..hehe..Ala,macam kau tak tau masalah aku.Walaupun kite ni tinggal dalam satu kawasan perumahan yang same,malam-malam camni,kau ingat aku nak jalan sorang-sorang.Ni pun nasib baik abang aku balik cepat,boleh aku pinjam motor die.."Ujar Katty.
"Oh,baru aku paham..Ok takpe,kau dimaafkan.."Jawab Afisya sambil tergelak kecil.
"Eh,cepatlah kite mulakan discuss kite ni."Cadang Katty setelah mereka berbual kosong.
   Keheningan malam itu,telah dipecahkan oleh perbualan mereka berdua yang sekejap-sekejap ketawa.Puan Misha dan Encik Yusof yang sedang beristirehat sambil menonton tv di ruang tamu pun sering kali terganggu dengan kenyaringan suara anak mereka.Kadangkala,mereka pun menggeleng-gelengkan kepala.Sedang mereka berdua leka dengan perbincangan mereka itu,mereka tidak sedar jam didinding Afisya telah menunjukkan tepat pukul 10.00 malam.Handphone Nokia Katty yang berada di atas meja belajar Afisya tiba-tiba berdering.Lantas,dia terus mencapai telefon tersebut dan melihat tertera tulisan 'My Mom' di situ.Lalu,cepat-cepat dia melekapkan telefonnya itu di telinga.
"Assalamualaikum T..Dah pukul 10 ni..Kau lame lagi ke?Cepat sikit balik dah malam ni."Leter Puan Nor iaitu mak kepada Katty.
"Yela mak..Tak perasan pulak dah pukul 10..hehe..Nanti T terus balik ye mak..Dont worry."Katty menjawab dengan nada suara yang lembut agar tidak menyinggung perasaan maknya.
"Eh,oklah..Aku kena balik dulu..Mak aku bising dah tu..Lagipun kite dah siapkan assignment yang Puan Aina bagi tu kan."
"A'ah.Oklah.Aku pun tak perasan dah pukul 10 rupenye.Abislah aku esok bangun lambat lagi."Keluh Afisya.
Mereka pun terus keluar daripada bilik Afisya.
"Dah nak balik ke Katty?Tak nak minum dulu?"Sapa Encik Yusof yang kebetulan ternampak mereka keluar daripada bilik.Entah kenapa,tiba-tiba soalan itu yang terpancul keluar daripada mulutnya.Sedangkan beliau tidak tahu yang isterinya sudah membancuh kopi.
"Yela.Meh minum dulu."Pelawa Puan Misha.Memang Puan Misha membancuh air kopi panas untuk dinikmati mereka pada malam yang hening itu.Tetapi jawapan daripada Katty menghampakan.
"Tak apelah pakcik,makcik.Saya kena balik dulu,mak saya pun dah telepon tadi."Sambil dia melangkah keluar daripada rumah tersebut."Saya balik dulu ye makcik,pakcik ngan Sya."
"Jangan lupe kirimsalam pada mak ngan bapak Katty ye"Terang Encik Yusof sambil menghirup air kopi yang masih panas di atas meja yang berada di hadapannya.
"ok,jumpe esok tau."Afisya sengaja mengingatkan kawan karibnya.Lalu Katty pun menghidupkan enjin motornya.
"Eh,esok aku tumpang kau tau."Jawab Katty lalu terus memulakan perjalanan pulangnya.
   Seperi biasa,tepat pada pukul 6.00 pagi,loceng handphone Afisya yang memecah keheningan Subuh.Namun pada pagi itu,Afisya lantas sedar daripada tidur yang lena.Nasib baik dia dapat bangun awal hari ini.Desis hatinya yang lega dan mensyukuri nikmat-Nya kerana sekali lagi dia dapat memulakan hidup baru.Tanpa berlengah,Afisya terus mencapai tuala yang berada di tempat penyidai kain di sisi katilnya untuk membersihkan diri.Apabila siap,Afisya pun menunaikan solat Subuhnya dengan khusyuk.Dengan hati yang riang dan ceria,pandangannya terus menghala ke almari pakaiannya setelah selesai menunaikan ibadah wajib tersebut.Lalu,Afisya memilih pakaian yang bakal dipakainya nanti untuk ke kelas.Namun,baju blouse berwarna biru tua menjadi pilihannya pada hari itu.Tetapi fikirannya menerelawang sekejap,yang kelasnya nanti akan bemula pada pukul 9.00 pagi.Masih sempatlah untuk bersarapan dan berdandan.Bisik hati kecilnya.
  Afisya terus menuju ke dapur untuk melihat makanan sarapannya yang akan disantapnya nanti.Mungkin nasi goreng atau mee goreng ataupun nasi lemak.Fikirnya sebelum sampai di dapur.Tetapi sesampai sahaja dia di dapur,ibunya sedang membancuh air milo dan menyediakan 2 keping roti bersalut jem srawberry sahaja untuknya.Walauapapun,Afisya tetap bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan kepada mereka sekeluarga.
"Hai,cepat pulak anak dara ni bangun hari ni?"Perli Puan Misha yang kaget melihat anaknya tiba-tiba bangun awal.
"Terkejut ke?Nilah namenye suprise.hehe.."Jawab Afisya sambil ketawa kecil.
  Setelah siap bersarapan,Afisya terus melulu ke biliknya untuk bersiap lebih awal agar tidak terkocoh-kacah nanti.Pakaian yang tadi dipilih terus disarungkan dan terus berdandan.Selendang batik berwarna biru muda dililit dengan kemas di kepalanya.Lalu,memasukkan kerja kursusnya dan semua barang-barang penting ke dalam beg galas berwarna putih.Hari ini dia mahu kelihatan ceria dan gembira dengan warna-warna yang telah dia suai padankan melalui imejnya.Desis hati Afisya.

Thursday, November 12, 2009

TAJUK KARYA:FiLeM kEhiDuPaN..

BAB 2
 "Cepat betul balik?"Puan Misha menegur Afisya sejurus Afisya parking dan keluar daripada keretanya."Biasalah bu..Hehe.."Jawab Afisya sambil mencapai beg galas bewarna merahnya yang berada di tempat duduk sebelah pemandu.Lalu Afisya terus mencium tangan ibunya yang sedang menyapu di laman itu."Sepatutnya Sya kena balik lambat tau sebab pergi pun lambat."perli Puan Misha."Mana ayah ibu?"Afisya sengaja mengubah topik perbualan diantara mereka dua beranak.Sedangkan,Afisya menyedari bahawa ibunya sedang memerlinya.Puan Misha apalagi,"aik!!mengubah topik nampak?tak pernah-pernah tanya pasal ayah ni apasal?Ke kau dah lupe yang ayah kau tu kan kerja office hour,mestilah balik pukul 5 nanti."Afisya hanya menyengih apabila mendengar leteran ibunya itu.Lantas Afisya terus ke biliknya untuk menukar pakaian.
 Beg galasnya yang berisi komputer riba,buku catatan dan buku novel kesayangannya diletak di sisi katil.Afisya terus menyandarkan dirinya ke katil akibat keletihan memandu tadi.Matanya pula mengerling pada almari pakaiannya dan sekali-sekali memandang pintu yang terkuak luas.Tiba-tiba kepala ibunya tebonjol di situ.Terkejut Afisya dibuatnya.Jantungnya tiba-tiba berdegup laju."Sya,ibu nak pergi rumah jiran kite tu,katanya baru bersalin.Nanti jangan lupe masak air,buat sekali tau.Kang ayah kau balik bising die tak ade air panas."Ujar Puan Misha kepada anaknya.Afisya menarik nafas lega lantas bangun daripada bersandar tadi."Yela bu.Terkejut tau Sya tadi tiba-tiba ibu muncul."Afisya menyatakan perasaannya yang tak menentu itu.Tetapi ibunya pergi tanpa menjawab percakapan Afisya tadi.Afisya pun terus melulu ke arah almari pakaiannya dan memilih pakaian untuk ditukar nanti.
 Setelah menukar pakaiain,matanya telah mengerling ke arah jam di dinding biliknya.Ianya menunjukkan sudah pun pukul 2.30 petang. Afisya tersedar bahawa dia belum lagi menunaikan tangungjawab yang wajib dilakukan oleh muslim iaitu solat Zohor.Setelah selesai mengambil wuduk,dia terus mencapai telkung putih yang bersulamkan bunga bewarna pink yang tersidai di tempat penyangkut baju bersebelahan katilnya.Memang sudah menjadi kebiasaannya untuk menunaikan solat 5 waktu cukup sehari semalam.Itu pun dengan keizinan daripada Allah S.W.T.
 Sejurus Afisya selesai bersolat dan berdoa kepada yang Maha Esa,dia terus menuju ke dapur untuk menjerang air.Secara tidak langsung nada mesej nyanyian Aril,Menatap Matamu terpancul daripada handphone Afisya.Siapa agaknya yang memberi mesej ya?Ada apa agaknya yang ingin diberitahu?Desis hati Afisya setelah nada mesej itu sampai di telinganya.Selepas dia menjerang air,barulah dia mengambil handphonenya di bilik.Lalu Afisya menatap skrin handphonenya yang kecil itu tertera mesejnya daripada Katty,kawan karibnya sejak dari bangku sekolah menengah lagi."Salam..malam ni aku nak datang rumah kau tau.Jangan lupe gorenglah apa-apa ok?"Mesej itulah yang telah dihantar oleh kawan karibnya,Katty. Lalu Afisya membalas"Yela tu princess..Aku gorengkan cicak yang brlegar-legar kat rumah aku ni.Sedap..Haha.."Afisya pun tergelak kecil seorang.Belum sempat Katty membalas mesejnya,siren air yang dijerang itu berbunyi dengan lantang.Sakit telinga dibuatnya. Sumpah Afisya.Afisya pun berlari ke arah dapur,lalu lekas-lekas offkan api di dapurnya itu.Seperti yang diarahkan ibunya,dia pun membuat air nescafe o sebelum ayahnya Encik Yusof pulang ke rumah.Fikirannya melayang sebentar memikirkan ibunya lama benar pergi menziarahi jirannya yang baru bersalin itu.Lagu Menatap Matamu yang berkumandang itu telah menyedarkan Afisya daripada fikirannya jauh melayang.Lantas Afisya membawa keluar handphonenya daripada bilik.Lalu Afisya melabuhkan punggungnya di sofa yang empuk yang berada di ruang tamu rumahnya itu.Afisya pun terus membaca mesej yang baru dibalas oleh kawan karibnya,Katty."Haha..boleh jugak kalau kau berani pegang cicak tu.Whatever ar Sya..Ok lah,aku nak mandi dulu ni.Salam.."Betul juga kata Katty itu,bisik hati Afisya lalu tergelak kecil.
 Rasa bosan terus melanda dirinya.Apabila difikir-fikirkan,baik buka tv sahaja.Desis hatinya.Baru sahaja hendak memekan butang on yang berada di badan tv itu,Encik Yusof dan Puan Misha pun memberi salam di hadapan pintu utama yang terbuka luas. "Waalaikumussalam.."Afisya menjawab dengan nada suara yang lembut sambil menyambung menekan butang on tv itu.
 "Lamanye ibu pergi ziarah..Comel tak babynye bu?"Tidak menyempat Afisya bertanya kepada ibunya."Lame ke?Mane ade lame.Erm..Kalau nak tau comel ke tak,Sya pergilah tengok sendiri."Tegas Puan Misha."Tak apelah,malaslah."Afisya menjawab sambil tersengih.Puan Misha dan Encik Yusof yang mendengar jawapan anak gadisnya itu hanya menggeleng-gelengkan kepala.Mereka sudah faham dengan pe'el anak bongsunya itu."Sya buat air ape hari ni?"Tanya Encik Yusof kepada Afisya."Macam biasa ayah,nes o..hehe.."Jawab Afisya sambil tergelak kecil."Ha!!bu,ayah..Malam ni Katty nak datang.Kitorang nak buat assignment sama-sama."Afisya baru teringat akan pertemuan dia dan Katty.Ayahnya,Encik Yusof hanya menganggukkan kepala setelah mendengar kata-kata Afisya.Ibunya pula sibuk menuangkan air nes o tadi ke dalam cawan untuk diberi kepada suaminya.
 Tiba-tiba hati Afisya terdetik untuk melihat waktu sekarang.Jam di dinding menunjukkan pukul 6 petang.Barulah Afisya teringat untuk mandi dan solat Asar.Dia pun tergesa-gesa masuk ke bilik dan mengambil tuala untuk mandi.Setelah itu ingin menunaikan solat Asar pula.Takut tidak sempat pula untuk menunaikan solat Asar jika melewat-lewatkannya lagi.Lagipun memang tidak baik melambat-lambatkannya.Sering kali dia mengingatkan dirinya yang sering alpa dengan hiburan dan keseronokkan yang ada di dunia fana ini. 

Wednesday, November 11, 2009

TAJUK KARYA:FiLeM kEhiDuPaN..

BAB 1

Keadaan berlangsung seperti biasa,Kolej Dunia Kesenian akan dipenuhi para pelajar yang berpusu-pusu untuk menghadiri kelas masing-masing.Sedang orang sibuk untuk mengejar masa,tetapi tidak bagi Afisya yang juga salah seorang pelajar di situ.Dia masih lagi diulik mimpi di tilamnya yang empuk.Sudah beberapa kali jam loceng handphonenya mengejut Afisya untuk menghadiri kelas paginya itu.Tetapi telinganya bagai disumbat oleh beribu kapas.Ibunya,Puan Misha juga sudah letih dengan perangai anak gadisnya itu.
"Sayang,bangunlah."Itulah perkataan yang sering digunakan Puan Misha untuk mengejutkan anaknya yang liat untuk bangun pagi.Tetapi pada hari tersebut,nasib menyebelahi Puan Misha,kerana terus menerus Afisya bangun dari tidur."Dah pukul berapa sekarang ni ibu?"sambil Afisya mengambil tuala dan melihat jam."Dah nak malam Sya."Perli ibunya,padahal jam masih menunjukkan pukul 9 pagi.Tetapi kelasnya juga bermula pada pukul 9 pagi.
Sudah tidak sempatlah untuk dia menghadiri kelasnya itu.Mesti akan dimarah dan dileter oleh Puan Aina,pensyarah seni lukisan kelasnya,desis hati Afisya.
Dengan semangat Afisya yang tinggi,dia tetap mahu menghadiri kelasnya itu.Kerana bidang itulah satu-satunya minat dia.Dia tidak boleh mensia-siakan peluangnya begitu sahaja.Setelah bersiap rapi,Afisya terus mencapai beg galasnya yang berwarna merah dan kunci kereta Swiftnya di atas meja belajar.Lalu dia bergegas untuk menghidupkan enjin keretanya."Eh,Sya tak makan sarapn dulu ke?"tanya ibunya yang terkejut melihat Afisya tergesa-gesa untuk pergi."Tak apalah bu,Sya dah lambat ni.Kang kene leter ngan Puan Aina pulak".Sambil Afisya mencium hormat tangan dan pipi ibunya.Memang sudah menjadi kebiasaan,setiap kali dia keluar rumah,dia mesti mengambil restu ibunya supaya apa yang dilakukan mendapat keberkatan.Bukan sahaja daripada ibunya tetapi juga daripada Allah.
Jam menunjukkan sudah pukul 10.30 pagi.Afisya telah lewat 1 jam setengah untuk menghadiri kelasnya itu.Selepas sahaja dia keluar daripada kereta,terus sahaja dia berlari menuju ke kelasnya yang berada di tingkat 3 bangunan tersebut.Belum sempat dia menghela nafas lega,baru sahaja kaki menjejak di kelasnya,Puan Aina telah pun meninggikan suaranya kepada dia."Afisya,apasal awak lambat sangat ni?Tau tak lagi setengah jam masa saya dah abis?Lebih baik awak tak payah masuk kelas saya saja."Leter pensyarah seni lukisannya."Sorilah Puan,saya janji saya tak akan lewat lagi."Jawab Afisya.Lantas Puan Aina memotong percakapan Afisya tadi."Hei,berapa kali dah awak janji,dah tak boleh pakai dah janji awak tu.Dah-dah,masuk cepat.Lepas ni awak ade kelas lain pulak."Puan Aina menjawab seperti memahami sahaja masalah yang dialami pelajarnya itu.
Cepat-cepat Afisya pergi ke tempat duduknya yang bersebelahan dengan kawan baiknya,Katty."Hish kau ni.Asyik lambat je datang.Dahla aku nak tumpang kau pun susah,terpaksala aku jalan kaki lagi."Lenguh kawan baiknya."Sorilah,malam tadi aku lambat tidur,macam biasa buat karya aku tu.Sambil-sambil tu aku online sekali YM.He..he.."Ujar Afisya sambil tergelak kecil."Mesti kau chatting ngan mamat yang sombong ngan aku tu kan?"Tanya Katty untuk mendapatkan kepastian mengapa kawannya itu tergelak."Eh,dia mane ade sombong,dia busyla.Tapi aku tak chatting ngan dia pun.Malas aku.Kau tau aku chatting ngan sape malam tadi?
Aku chatting ngan kawan lama kite,Mimi."Belum sempat kawannya membalas percakapan Afisya tadi,Puan Aina pula mencelah."Dahla datang lambat,pastu datang cuma nak berbual ye?"Perli pensyarahnya yang terdengar perbualan diantara dia dan kawan karibnya.Afisya dan Katty hanya mampu tersengih setelah mendengar teguran daripada pensyarahnya itu."Baiklah semua,masa saya pun dah abis,insya-Allah kita jumpa lagi esok.Afisya ingat esok datang awal,kalau lambat lagi saya akan kenakan denda untuk awak."Puan Aina memberi peringatan kepada Afisya.Setelah Puan Aina sampai di pintu keluar,beliau menghentikan perjalanannya.Bagai ada sesuatu untuk diberitahu."Oh,ye Afisya.Saya ada bagi assignment,jadi pandai-pandailah awak tanya kawan-kawan awak nanti.Kalau nak jelas lagi,datang jumpa saya sebelum pukul 3 petang ni."Sekali lagi Puan Aina mengingatkan Afisya tetapi ini tentang kerja kursusnya.
Selepas ini kelas tarian,yang mengajarnya Cik Suraya.Desis hati Afisya yang sedikit merungut kerana dia kurang berminat dengan bidang ini.Semua ini disebabkan oleh pelajarnya yang suka menyakat dan pengajarnya juga sentiasa berlagak 'diva'.Jauh di sudut hatinya untuk menghadiri kelas itu tetapi bak kata pepatah alang-alang mandi biar basah.Kawan karibnya,Katty pula tidak mengambil bidang yang sama,malah dia mengambil bidang vokal.Jadi,seperti selalu,mereka akan berpisah setiap kali masa yang kedua.
Kadang-kadang setiap kali habis kelas untuk satu hari itu,Afisya akan menumpangkan kawan karibnya untuk pulang ke rumah dia.Al-maklumlah,Afisya sudah mengambil lesen kereta terlebih dahulu,jadi tidak salah untuk memandu kereta ke kolejnya.Sebaliknya,Katty belum mengambil lesen kereta dan masih menunggu keluaran keretanya yang baru ditempah awal bulan lalu.Sementara itu Katty menumpang kereta Afisya.Dalam perjalanan pulang mereka,baru Afisya teringat akan pesanan daripada Puan Aina tentang kerja kursusnya itu.Tetapi dia juga lega kerana dia juga baru teringat dia boleh bertanya dengan kawan karibnya itu."Eh,Katty.Aku baru teringat pasal assignment yang Puan Aina bagi tadi.Die suruh buat ape ek?"Terus sahaja Afisya menanyakan soalan itu setelah teringat akan perkara tersebut.Dia juga takut kemungkinan dia akan terlupa terus."Oh,pasal tu.Aku pun baru teringat.Nanti malam aku pegi rumah kau and aku akan tunjuk kat kau apa yang kite kena buat.Ala,sikit aje kot.Puan Aina kate esok atau lusa kena hantar.Rilaks je la."Katty menjawab dengan lembut agar tidak menggemuruhkan hati kawan karibnya itu.