? ??????????????Future Stars Will Be Dim? ????? ?? ???Rating: 4.8 (10 Ratings)??5752 Grabs Today. 13979 To
tal Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Punk Splatz? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??1078 Grabs Today. 3486 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ??? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, November 17, 2009

TAJUK KARYA:FiLeM KeHiDuPaN..

                                                                   BAB 4

  "Ibu,Sya pegi dah nak pegi ni."Ujar Afisya sambil mengerling pada jam dinding rumahnya yang sudah
 menunjukkan pukul 8.30 pagi.Lama juga dia bersiap kali ini.Bisik hatinya sendiri.
"Ha,yela."Jawab Puan Misha yang terus keluar daripada dapur untuk memberi restu kepada anaknya.Lalu,Afisya lantas menuju kearah keretanya dan menghidupkan enjin.
"Sya,lupe ibu nak bagitau..Malam tadi abang kau telepon..Katanye nak balik minggu depan.Dia dapat cuti lah tu."Ibunya lekas memberitahu sebelum anak gadisnya itu meneruskan perjalanan.Afisya mendengar sambil mengangguk.
"Oh,yeke?Baguslah camtu,lagipun hari raya koban dah nak dekatkan?Erm,ibu nak suruh Sya beli ape-ape ke?"
"Takde lah.Lagipun banyak lagi barang-barang dapur tu.Kalau dah nak abis pun,ibu boleh suruh ayah kau beli lah."Balas Puan Misha sambil tersenyum halus.
  Afisya pun terus mengundurkan keretanya sambil melambai tangan kepada ibunya.Secara tiba-tiba handphone Afisya berdering di dalam poket seluarnya.Tanpa berlengah,segera dia melekapkan handphonenya di telinga tanpa melihat pada skrin handphone tersebut.
"Hello.."
"Hello!!Kau jangan lupe amik aku tau.Aku dah kat luar rumah dah ni."suara itulah yang terjah tiba-tiba daripada corong handphone Afisya.Memang sudah kenallah suara seperti ini,mesti Katty.Agak hatinya.
"Oh,kau rupenye.Yela,aku dah nak sampai rumah kau ni."Terus sahaja kawan karibnya,Katty memutuskan talian.
  Setibanya Afisya di depan rumah kawannya,Katty,dia dapat melihat,benarlah kawannya itu sudah menunggunya.Baru sahaja Afisya memberhentikan kereta,gadis yang bernama Katty itu terus masuk ke dalam kereta Afisya.Seperti baru lepas melihat hantu.Desis hati Afisya yang kaget melihat kawannya itu tergesa-gesa.
"Woi,kau ni apesal?Laju aje.Relakslah.Belum lambat lagi pun."Pujuk Afisya.
"Aku saje je.Tak sabar aku nak duduk kat kereta baru camni."Katty berkata sambil tergelak kecil.
  Afisya mendengar hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum halus.Lantas,kereta berjenama Suzuki Swift berwarna hitam terus membelah jalanraya Johor Bahru yang agak sesak.Tetapi dengan kemahiran yang dia miliki,Afisya terus mengambil jalan pintas supaya cepat tiba di kolejnya.Nasib baiklah sebelum ini,apabila bersiar-siar,dia dapat menghafal jalan pintas yang selalu dilalui oleh bapanya.Bisik hatinya lega.Kawannya Katty disebelah hanya memperhatikan jalanraya di hadapannya sambil mendengar lagu di corong-corong stereo.Sesekali mereka berdua menyanyi mengikut irama yang terpancul daripada stereo itu.
  Tepat pada pukul 8.55 pagi,mereka pun sampailah di destinasi yang ditujui.Tanpa berlengah,mereka berdua segera menaiki lif untuk ke kelasnya yang berada di tingkat 3.Dalam perjalanan untuk ke kelas mereka,ada sesekali mata nakal mengerling kearah mereka.Ada juga yang menegur,tetapi mereka berdua ini bukanlah seperti perempuan murahan yang cepat terpengaruh dan tergedik-gedik dengan pikatan lelaki miang di situ.Apa tidaknya,Afisya itu seorang yang cantik,kulitnya mulus dan bersih,badannya pula ramping dan tinggi lampai.Katty pula tidak kurangnya.Kulitnya yang hitam manis,badannya juga ramping dan matanya yang galak itu sering membuat ramai jejaka tergoda.Mereka memang tidak suka melayan sebarang lelaki dan mereka juga sukar untuk didekati.Tidak lama selepas itu,mereka pun terus masuk ke dalam kelas dan tujuan hanyalah satu iaitu untuk belajar ikhlas kerana Allah.Niat itulah yang selalu diterapkan apabila hendak menghadiri sesi pembelajaran atau majlis apapun supaya hidupnya sentiasa mendapat keredhaan daripada-Nya.
  Sesi pembelajaran berlangsung seperti biasa.Kadang-kadang sasana sepi di kolejnya menjadi riuh-rendah apabila ada sesetengah sesi pembelajaran yang sudah tamat serta tiba waktu rehat.Keadaan menjadi lebih sukar untuk dikawal apabila hendak memasuki cuti semester ataupun cuti Sabtu dan Ahad.
"Kring!!!"
Setiap kali pukul 11.00 pagi dan pukul 3.00 petang,loceng Kolej Dunia Kesenian akan berbunyi.Ini menandakan waktu pertama sudah tamat dan tiba waktu berehat bagi para pelajar dan para pengajar di situ.
"Eh,jom kite pegi makan jap.Aku laparlah..Tak sarapan tau pagi tadi.."Gerutu Katty kepada Afisya.
"Sape suruh tak sarapan?Nak mengadu lah tu.Manje betullah kau ni."Sengaja Afisya meninggikan suara sambil tergelak kecil.
  Lalu,mereka berdua terus ke cafe yang berada di kolej tersebut.Terpaksalah juga Afisya menemani kawanya makan,kerana itulah satu-satunya kawan karibnya.Terfikir Afisya sejenak.Katty pun segera mengorder makanan yang ingin dijamunya.Sebaliknya,Afisya hanya mengorder air minuman sahaja.Sedang enak mereka menikmati hidangan masing-masing,tiba-tiba mereka dikejutkan oleh handphone Afisya yang berdering.Apabila Afisya melihat skrin handphonenya,tertera nombor yang tidak dikenali menghubunginya.Namun Afisya tetap berfikir rasional lantas melekapkan handphonenya di telinga.Afisya sengaja tidak mengeluarkan suara kerana ingin mendengar suara orang yang tidak dikenali yang menghubunginya itu.Tetapi apabila didengar,suara lelakilah yang menghubunginya.Rasanya seperti kenal suara itu.Suara yang selalu didengarnya pada zaman persekolahan dahulu.Teka hati Afisya.Matanya juga tiba-tiba dibesarkan.Katty yang duduk disebelahnya hanya memperhatikan gelagat kawannya itu.Dia tidak mahu mengganggu komunikasi antara Afisya dengan orang yang menghubunginya.Tetapi Afisya tidak terus menerjah siapa gerangan orang lelaki yang menghubunginya itu..
 

0 comments: