? ??????????????Future Stars Will Be Dim? ????? ?? ???Rating: 4.8 (10 Ratings)??5752 Grabs Today. 13979 To
tal Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Punk Splatz? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??1078 Grabs Today. 3486 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ??? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, November 12, 2009

TAJUK KARYA:FiLeM kEhiDuPaN..

BAB 2
 "Cepat betul balik?"Puan Misha menegur Afisya sejurus Afisya parking dan keluar daripada keretanya."Biasalah bu..Hehe.."Jawab Afisya sambil mencapai beg galas bewarna merahnya yang berada di tempat duduk sebelah pemandu.Lalu Afisya terus mencium tangan ibunya yang sedang menyapu di laman itu."Sepatutnya Sya kena balik lambat tau sebab pergi pun lambat."perli Puan Misha."Mana ayah ibu?"Afisya sengaja mengubah topik perbualan diantara mereka dua beranak.Sedangkan,Afisya menyedari bahawa ibunya sedang memerlinya.Puan Misha apalagi,"aik!!mengubah topik nampak?tak pernah-pernah tanya pasal ayah ni apasal?Ke kau dah lupe yang ayah kau tu kan kerja office hour,mestilah balik pukul 5 nanti."Afisya hanya menyengih apabila mendengar leteran ibunya itu.Lantas Afisya terus ke biliknya untuk menukar pakaian.
 Beg galasnya yang berisi komputer riba,buku catatan dan buku novel kesayangannya diletak di sisi katil.Afisya terus menyandarkan dirinya ke katil akibat keletihan memandu tadi.Matanya pula mengerling pada almari pakaiannya dan sekali-sekali memandang pintu yang terkuak luas.Tiba-tiba kepala ibunya tebonjol di situ.Terkejut Afisya dibuatnya.Jantungnya tiba-tiba berdegup laju."Sya,ibu nak pergi rumah jiran kite tu,katanya baru bersalin.Nanti jangan lupe masak air,buat sekali tau.Kang ayah kau balik bising die tak ade air panas."Ujar Puan Misha kepada anaknya.Afisya menarik nafas lega lantas bangun daripada bersandar tadi."Yela bu.Terkejut tau Sya tadi tiba-tiba ibu muncul."Afisya menyatakan perasaannya yang tak menentu itu.Tetapi ibunya pergi tanpa menjawab percakapan Afisya tadi.Afisya pun terus melulu ke arah almari pakaiannya dan memilih pakaian untuk ditukar nanti.
 Setelah menukar pakaiain,matanya telah mengerling ke arah jam di dinding biliknya.Ianya menunjukkan sudah pun pukul 2.30 petang. Afisya tersedar bahawa dia belum lagi menunaikan tangungjawab yang wajib dilakukan oleh muslim iaitu solat Zohor.Setelah selesai mengambil wuduk,dia terus mencapai telkung putih yang bersulamkan bunga bewarna pink yang tersidai di tempat penyangkut baju bersebelahan katilnya.Memang sudah menjadi kebiasaannya untuk menunaikan solat 5 waktu cukup sehari semalam.Itu pun dengan keizinan daripada Allah S.W.T.
 Sejurus Afisya selesai bersolat dan berdoa kepada yang Maha Esa,dia terus menuju ke dapur untuk menjerang air.Secara tidak langsung nada mesej nyanyian Aril,Menatap Matamu terpancul daripada handphone Afisya.Siapa agaknya yang memberi mesej ya?Ada apa agaknya yang ingin diberitahu?Desis hati Afisya setelah nada mesej itu sampai di telinganya.Selepas dia menjerang air,barulah dia mengambil handphonenya di bilik.Lalu Afisya menatap skrin handphonenya yang kecil itu tertera mesejnya daripada Katty,kawan karibnya sejak dari bangku sekolah menengah lagi."Salam..malam ni aku nak datang rumah kau tau.Jangan lupe gorenglah apa-apa ok?"Mesej itulah yang telah dihantar oleh kawan karibnya,Katty. Lalu Afisya membalas"Yela tu princess..Aku gorengkan cicak yang brlegar-legar kat rumah aku ni.Sedap..Haha.."Afisya pun tergelak kecil seorang.Belum sempat Katty membalas mesejnya,siren air yang dijerang itu berbunyi dengan lantang.Sakit telinga dibuatnya. Sumpah Afisya.Afisya pun berlari ke arah dapur,lalu lekas-lekas offkan api di dapurnya itu.Seperti yang diarahkan ibunya,dia pun membuat air nescafe o sebelum ayahnya Encik Yusof pulang ke rumah.Fikirannya melayang sebentar memikirkan ibunya lama benar pergi menziarahi jirannya yang baru bersalin itu.Lagu Menatap Matamu yang berkumandang itu telah menyedarkan Afisya daripada fikirannya jauh melayang.Lantas Afisya membawa keluar handphonenya daripada bilik.Lalu Afisya melabuhkan punggungnya di sofa yang empuk yang berada di ruang tamu rumahnya itu.Afisya pun terus membaca mesej yang baru dibalas oleh kawan karibnya,Katty."Haha..boleh jugak kalau kau berani pegang cicak tu.Whatever ar Sya..Ok lah,aku nak mandi dulu ni.Salam.."Betul juga kata Katty itu,bisik hati Afisya lalu tergelak kecil.
 Rasa bosan terus melanda dirinya.Apabila difikir-fikirkan,baik buka tv sahaja.Desis hatinya.Baru sahaja hendak memekan butang on yang berada di badan tv itu,Encik Yusof dan Puan Misha pun memberi salam di hadapan pintu utama yang terbuka luas. "Waalaikumussalam.."Afisya menjawab dengan nada suara yang lembut sambil menyambung menekan butang on tv itu.
 "Lamanye ibu pergi ziarah..Comel tak babynye bu?"Tidak menyempat Afisya bertanya kepada ibunya."Lame ke?Mane ade lame.Erm..Kalau nak tau comel ke tak,Sya pergilah tengok sendiri."Tegas Puan Misha."Tak apelah,malaslah."Afisya menjawab sambil tersengih.Puan Misha dan Encik Yusof yang mendengar jawapan anak gadisnya itu hanya menggeleng-gelengkan kepala.Mereka sudah faham dengan pe'el anak bongsunya itu."Sya buat air ape hari ni?"Tanya Encik Yusof kepada Afisya."Macam biasa ayah,nes o..hehe.."Jawab Afisya sambil tergelak kecil."Ha!!bu,ayah..Malam ni Katty nak datang.Kitorang nak buat assignment sama-sama."Afisya baru teringat akan pertemuan dia dan Katty.Ayahnya,Encik Yusof hanya menganggukkan kepala setelah mendengar kata-kata Afisya.Ibunya pula sibuk menuangkan air nes o tadi ke dalam cawan untuk diberi kepada suaminya.
 Tiba-tiba hati Afisya terdetik untuk melihat waktu sekarang.Jam di dinding menunjukkan pukul 6 petang.Barulah Afisya teringat untuk mandi dan solat Asar.Dia pun tergesa-gesa masuk ke bilik dan mengambil tuala untuk mandi.Setelah itu ingin menunaikan solat Asar pula.Takut tidak sempat pula untuk menunaikan solat Asar jika melewat-lewatkannya lagi.Lagipun memang tidak baik melambat-lambatkannya.Sering kali dia mengingatkan dirinya yang sering alpa dengan hiburan dan keseronokkan yang ada di dunia fana ini. 

0 comments: