Keadaan berlangsung seperti biasa,Kolej Dunia Kesenian akan dipenuhi para pelajar yang berpusu-pusu untuk menghadiri kelas masing-masing.Sedang orang sibuk untuk mengejar masa,tetapi tidak bagi Afisya yang juga salah seorang pelajar di situ.Dia masih lagi diulik mimpi di tilamnya yang empuk.Sudah beberapa kali jam loceng handphonenya mengejut Afisya untuk menghadiri kelas paginya itu.Tetapi telinganya bagai disumbat oleh beribu kapas.Ibunya,Puan Misha juga sudah letih dengan perangai anak gadisnya itu.
"Sayang,bangunlah."Itulah perkataan yang sering digunakan Puan Misha untuk mengejutkan anaknya yang liat untuk bangun pagi.Tetapi pada hari tersebut,nasib menyebelahi Puan Misha,kerana terus menerus Afisya bangun dari tidur."Dah pukul berapa sekarang ni ibu?"sambil Afisya mengambil tuala dan melihat jam."Dah nak malam Sya."Perli ibunya,padahal jam masih menunjukkan pukul 9 pagi.Tetapi kelasnya juga bermula pada pukul 9 pagi.
Sudah tidak sempatlah untuk dia menghadiri kelasnya itu.Mesti akan dimarah dan dileter oleh Puan Aina,pensyarah seni lukisan kelasnya,desis hati Afisya.
Dengan semangat Afisya yang tinggi,dia tetap mahu menghadiri kelasnya itu.Kerana bidang itulah satu-satunya minat dia.Dia tidak boleh mensia-siakan peluangnya begitu sahaja.Setelah bersiap rapi,Afisya terus mencapai beg galasnya yang berwarna merah dan kunci kereta Swiftnya di atas meja belajar.Lalu dia bergegas untuk menghidupkan enjin keretanya."Eh,Sya tak makan sarapn dulu ke?"tanya ibunya yang terkejut melihat Afisya tergesa-gesa untuk pergi."Tak apalah bu,Sya dah lambat ni.Kang kene leter ngan Puan Aina pulak".Sambil Afisya mencium hormat tangan dan pipi ibunya.Memang sudah menjadi kebiasaan,setiap kali dia keluar rumah,dia mesti mengambil restu ibunya supaya apa yang dilakukan mendapat keberkatan.Bukan sahaja daripada ibunya tetapi juga daripada Allah.
Jam menunjukkan sudah pukul 10.30 pagi.Afisya telah lewat 1 jam setengah untuk menghadiri kelasnya itu.Selepas sahaja dia keluar daripada kereta,terus sahaja dia berlari menuju ke kelasnya yang berada di tingkat 3 bangunan tersebut.Belum sempat dia menghela nafas lega,baru sahaja kaki menjejak di kelasnya,Puan Aina telah pun meninggikan suaranya kepada dia."Afisya,apasal awak lambat sangat ni?Tau tak lagi setengah jam masa saya dah abis?Lebih baik awak tak payah masuk kelas saya saja."Leter pensyarah seni lukisannya."Sorilah Puan,saya janji saya tak akan lewat lagi."Jawab Afisya.Lantas Puan Aina memotong percakapan Afisya tadi."Hei,berapa kali dah awak janji,dah tak boleh pakai dah janji awak tu.Dah-dah,masuk cepat.Lepas ni awak ade kelas lain pulak."Puan Aina menjawab seperti memahami sahaja masalah yang dialami pelajarnya itu.
Cepat-cepat Afisya pergi ke tempat duduknya yang bersebelahan dengan kawan baiknya,Katty."Hish kau ni.Asyik lambat je datang.Dahla aku nak tumpang kau pun susah,terpaksala aku jalan kaki lagi."Lenguh kawan baiknya."Sorilah,malam tadi aku lambat tidur,macam biasa buat karya aku tu.Sambil-sambil tu aku online sekali YM.He..he.."Ujar Afisya sambil tergelak kecil."Mesti kau chatting ngan mamat yang sombong ngan aku tu kan?"Tanya Katty untuk mendapatkan kepastian mengapa kawannya itu tergelak."Eh,dia mane ade sombong,dia busyla.Tapi aku tak chatting ngan dia pun.Malas aku.Kau tau aku chatting ngan sape malam tadi?
Aku chatting ngan kawan lama kite,Mimi."Belum sempat kawannya membalas percakapan Afisya tadi,Puan Aina pula mencelah."Dahla datang lambat,pastu datang cuma nak berbual ye?"Perli pensyarahnya yang terdengar perbualan diantara dia dan kawan karibnya.Afisya dan Katty hanya mampu tersengih setelah mendengar teguran daripada pensyarahnya itu."Baiklah semua,masa saya pun dah abis,insya-Allah kita jumpa lagi esok.Afisya ingat esok datang awal,kalau lambat lagi saya akan kenakan denda untuk awak."Puan Aina memberi peringatan kepada Afisya.Setelah Puan Aina sampai di pintu keluar,beliau menghentikan perjalanannya.Bagai ada sesuatu untuk diberitahu."Oh,ye Afisya.Saya ada bagi assignment,jadi pandai-pandailah awak tanya kawan-kawan awak nanti.Kalau nak jelas lagi,datang jumpa saya sebelum pukul 3 petang ni."Sekali lagi Puan Aina mengingatkan Afisya tetapi ini tentang kerja kursusnya.
Selepas ini kelas tarian,yang mengajarnya Cik Suraya.Desis hati Afisya yang sedikit merungut kerana dia kurang berminat dengan bidang ini.Semua ini disebabkan oleh pelajarnya yang suka menyakat dan pengajarnya juga sentiasa berlagak 'diva'.Jauh di sudut hatinya untuk menghadiri kelas itu tetapi bak kata pepatah alang-alang mandi biar basah.Kawan karibnya,Katty pula tidak mengambil bidang yang sama,malah dia mengambil bidang vokal.Jadi,seperti selalu,mereka akan berpisah setiap kali masa yang kedua.
Kadang-kadang setiap kali habis kelas untuk satu hari itu,Afisya akan menumpangkan kawan karibnya untuk pulang ke rumah dia.Al-maklumlah,Afisya sudah mengambil lesen kereta terlebih dahulu,jadi tidak salah untuk memandu kereta ke kolejnya.Sebaliknya,Katty belum mengambil lesen kereta dan masih menunggu keluaran keretanya yang baru ditempah awal bulan lalu.Sementara itu Katty menumpang kereta Afisya.Dalam perjalanan pulang mereka,baru Afisya teringat akan pesanan daripada Puan Aina tentang kerja kursusnya itu.Tetapi dia juga lega kerana dia juga baru teringat dia boleh bertanya dengan kawan karibnya itu."Eh,Katty.Aku baru teringat pasal assignment yang Puan Aina bagi tadi.Die suruh buat ape ek?"Terus sahaja Afisya menanyakan soalan itu setelah teringat akan perkara tersebut.Dia juga takut kemungkinan dia akan terlupa terus."Oh,pasal tu.Aku pun baru teringat.Nanti malam aku pegi rumah kau and aku akan tunjuk kat kau apa yang kite kena buat.Ala,sikit aje kot.Puan Aina kate esok atau lusa kena hantar.Rilaks je la."Katty menjawab dengan lembut agar tidak menggemuruhkan hati kawan karibnya itu.
0 comments:
Post a Comment