? ??????????????Future Stars Will Be Dim? ????? ?? ???Rating: 4.8 (10 Ratings)??5752 Grabs Today. 13979 To
tal Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Punk Splatz? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??1078 Grabs Today. 3486 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ??? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, November 25, 2009

TAJUK KARYA:FiLeM KeHiDuPaN..

                                                                   BAB 6

  Afisya menelentang di atas katil tanpa membuka selendangnya yang masih terlilit dikepala.Bola matanya terus menghala menghadap kipas syiling yang berputar ligat.Fikirannya masih memikirkan perkara tadi.
 "Sya.Lepas solat nanti,bawak ibu pergi pasaraya ye.Nak beli barang-barang untuk esok."Terjah Puan Misha daripada pintu bilik Afisya yang terkuak luas..
  Fikiran yang tadi melayang entah kemana telah dipintas oleh terjahan ibunya.Lantas Afisya pun duduk sambil tersenyum pada sisi katil.Mencuba menghilangkan fikiran yang telah melalaikannya sebentar.Selendang yang masih terlilit dibuka dengan kemas.Membiarkan rambutnya yang panjang separas bahu beralun akibat angin daripada kipas syilin yang berputar dengan ligat.Afisya terus bangun dan berjalan ke arah almari pakaiannya untuk mengambil pakaian untuk diganti.Matanya pula liar melihat ke arah jam dinding yang telah menunjukkan pukul 3.15 petang.Terdetik di hatinya tidak wajar dia melengah-lengahkan masa sewaktu begini.Lantas Afisya terus mengambil wuduk untuk menunaikan solat Zohornya.
  Selesai sudah melipat kembali telkung,Afisya lantas memakai tudung untuk menemani ibunya ke pasaraya untuk membeli kelengkapan pada hari raya Aidiladha esok.Setinggi-tinggi dipanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana dalam sekelip mata cepat masa berlalu dan masih dapat meneruskan hidup sebagai khalifah-Nya.Desis hati Afisya sepintas lalu.Afisya terus mendapatkan ibunya di dapur.Tetapi ibunya tidak kelihatan.Apabila diamati,rupa-rupanya ibunya sedang menunggu di halaman rumah.
  "Oh,kat sini rupenye ibu.Patutlah Sya cari kat dalam rumah tak jumpe.He..He.."ujar Afisya.
  "Yela tu.Dah lame tau ibu tunggu kat sini.Kenape lama sangat Sya siap?Dah,dah.Jom cepat kite bertolak nanti cepatlah kite balik.Abang kau kate die sampai sini mungkin dalam pukul 8.00 malam."sahut Puan Misha sambil masuk ke dalam kereta Afisya.
  Baru Afisya teringat,abangnya Afifi akan pulang malam ini kerana mendapat cuti daripada universitinya selama seminggu.Mungkin disebabkan memikirkan perkara sebentar tadi membuatkan Afisya terlupa akan abangnya.Fikir Afisya.Afisya pun masuk ke dalam kereta.
  "Sorry bu..terlambat sikit je..he..he..Kite nak pergi pasaraye yang mane ni?"tanya Afisya.
  "Yela.Kite pergi pasaraye yang biasa tu jelah.Murah sikit."ringkas Puan Misha.
  Afisya hanya mengangguk-nganggukkan kepalanya tanda faham.Memang menjadi kebiasaan setiap kali hendak membeli sesuatu barang itu secara banyak,pasaraya itulah yang menjadi pilihan hati Puan Misha.Lalu,kereta kepunyaan Afisya membelah jalanraya menuju ke arah pasaraya tersebut.
  Tidak sampai 10 minit,mereka sudah sampai di pasaraya tersebut.Afisya pun memarkirkan kereta di tempat yang telah disediakan yang berhadapan dengan pasaraya itu.Nasib baik petang ni tak terlalu ramai singgah di pasaraya ini,jika tidak sudah semestinya tidak ada tempat parkir,sesak dan penuh.Getus hati Afisya.Mereka pun terus memasuki pasaraya itu dengan pantas.Puan Misha hanya memikirkan jika lambat nanti suaminya pulang,bagaimana hendak masuk ke rumah,rumah berkunci.Suaminya pula tidak membawa kunci lebih.
Selama setengah jam,Puan Misha dan Afisya dapat membeli barang-barang yang diperlukan esok.Banyak juga yang dibelinya,bagai memiliki keluarga yang besar sahaja.Desis hati Afisya sambil tersenyum halus.Sambil itu Afisya menolong ibunya mengangkut barang-barang yang telah dibeli tadi ke dalam but kereta.Lalu,Afisya begitu juga dengan Puan Misha masuk ke dalam kereta.Afisya pun menghidupkan enjin lantas keretanya membelah jalanraya yang mula sesak.Kebiasaannya pada pukul 4.30 hingga pukul 6.00 petang,jalanraya di bandar-bandar seperti ini akan mula sesak akibat daripada pekerja-pekerja kerajaan pulang ke rumah masing-masing.Mulalah semuanya gelisah,gundah-gulana kerana takut akan lewat sampai ke rumah.Tetapi tidak bagi Afisya.Dia seorang gadis yang pandai menangani kesesakkan jalanraya.Dia juga tahu selok-belok jalan pintas yang ada di bandar tersebut.Tidak sampai 20 minit,mereka telah sampai ke rumah.Kelihatan Encik Yusof juga menyusul di belakang kereta Afisya.Dengan berhati-hati Afisya memarkir keretanya di halaman rumah.Diikuti oleh bapanya,Encik Yusof.Namun selepas itu semua masuk ke dalam rumah kerana hari semakin senja.
  "Ibu,ayam ni nak masak ape esok?"tanya Afisya sambil membawa bungkusan ayam yang telah dipotong di pasaraya tadi untuk dibawa ke dapur.Belum sempat ibunya,menjawab,bapanya pula menyampuk.
  "Oh,tadi tu pergi pasaraye lah ea?Mi tak bagitau abang pun."tegur Encik Yusof sambil menjeling manja ke arah isterinya yang tersayang.
  "A'ah.Lupe pulak Mi nak bagitau.Sorry ye bang.He..he..Eh,tadi Sya tanye ape ek?"jawab Puan Misha sambil tergelak kecil.
  "Ish,apelah ibu ni.Sya tanye ayam nak masak ape esok?"Terang Afisya.
  "Oh..Mungkin masak sambal atau rendang kot.Sya nak ibu masak ape?"Ujar Puan Misha sambil mengeluarkan barang-barang daripada beg plastik tersebut.
  "Erm,Sya tak kisah.Ape-ape pun boleh.Nanti abang balik tanye die jelah."Ujar Afisya sambil membuka tudungnya,lalu terus masuk ke bilik.
  Setibanya Afisya di bilik,kebetulan handphonenya juga berdering.Tetapi hanya sebentar sahaja.Tidak sempat untuk Afisya menjawab panggilan tersebut.Semasa Afisya menatap skrin handphonenya,tiba-tiba ada mesej pula yang diterima.-Salam..aku de suprise untuk kau.Aku balik esok tau.Jangan lupe menanti kehadiran aku.He..He..-Mesej itulah yang telah diterima oleh Afisya daripada kawan baiknya dahulu,Mirza.
Apabila melihat nama orang yang menghubunginya tadi itu juga adalah Mirza.Hati Afisya mula berdebar-debar.Entah kenapa perasaannya menjadi begitu sekarang.Dahulu tidak pernah pula muncul perasaan sebegini.Pelik.Bisik hati Afisya sambil tersenyum seorang.
 
 
 

0 comments: