BAB 5
"Assalamualaikum.."Tiba-tiba sapaan itu yang terpancul daripada handphone Afisya.Jantung Afisya mula berdegup laju sejurus mendengar suara lelaki yang tidak dikenalinya itu.
"Boleh saya bercakap dengan Afisya?"Belum sempat Afisya menjawab salam,lelaki itu terus bertanya.
"Waalaikumussalam.."
"Ye,saya ni Afisya.Siapa ni ek?"Akhirnya Afisya membalas percakapan lelaki yang masih belum dikenalinya itu.Hatinya masih bedebar-debar untuk mengetahui siapa gerangan lelaki tersebut.
"Oh,nasib baik betul aku dail nombor ni..Ish,kau ni.Mentang-mentanglah kite dah tak jumpe 2 tahun,dah tak kenal suara aku ea?"ujar lelaki itu lagi.
"Erm,sorrylah..Mungkin dah terbuang nombor ni kot.Ni Mirza ke?"Agak Afisya kerana setahunya suara yang garau itulah yang selalu diingati Afisya semasa zaman persekolahannya.Suara itulah juga yang selalu berbual dengannya 2 tahun yang lalu.Fikir Afisya sejenak.
"Eh,yang call tu Mirza ke?"tiba-tiba Katty menyampuk setelah mendengar perbualan diantara Afisya dan Mirza.Afisya hanya menganggukkan kepala.
"Ha!!Betul lah tu.Aku memang Mirza lah.Tak percaye ke?Sorrylah aku tak bagitau yang aku dah tukar nombor.he..he..Aku saje call kau sebab aku cuti 2 minggu tau.Bolehlah kite jumpe nanti."Jawab Mirza dengan perasaan yang gembira kerana akhirnya dapat juga menghubungi Afisya,rakan baiknya sesama zaman persekolahan dahulu.
"Oh kau rupenye.Mati-mati aku ingat sape tadi.Sampai berpeluh-peluh tau aku.Apsal baru sekarang kau contact aku ek?Penat aku contact nombor lame kau rupe-rupenye kau dah tukar nombor baru.He..He..Yela,mentang-mentanglah dah belajar kat overseas.. "Ujar Afisya panjang lebar sambil mencebikkan bibir.Katty pula hanya tersenyum melihat gelagat kawan karibnya, sambil menyedut minuman yang telah dipesannya tadi.
"Ala kau ni..Ni pun dah bernasib baik tau,aku cume contact kau je daripada ramai-ramai kawan aku.Sebab kau special sikit.He..He.."Jawab Mirza sambil tergelak kecil.Afisya pun turut tergelak kecil setelah mendengar percakapan kawannya itu.Lalu,mereka pun terus berbual panjang.Mungkin untuk melepaskan rindu yang lama terpendam.Minuman Afisya yang telah terhidang itu sekali-sekala disedut oleh Afisya bagi menghilangkan dahaga sepanjang perbualannya.Tetapi Katty tidak menghiraukan perbualan mereka berdua sebaliknya menikmati makan yang telah dipesannya tadi.Dengan perut yang berkeroncong sejak dari pagi,dalam sekelip mata makanannya tadi sudah tiada sisa lagi.
"Oklah Mirza..Kite jumpe je nanti.Kelas aku dah nak mule dah ni.Jangan lupe mesej-mesej nanti.Kirim salam kat family kau tau.Assalamualaikum.."Ujar Afisya sambil melihat jam yang terlilit pada pergelangan tangannya yang sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah hari.Kelasnya pula akan bermula pada pukul 12.30 tengah hari nanti.Takut terlambat masuk kelas pula.Desis hatinya.
"Ok..Insya-Allah aku kirimkan and Insya-Allah kalu aku dah sampai Malaysia,aku call kau lagilah ye.Kau pun kirimkan salam aku kat family and Katty jugak tau.Waalaikumussalam.."Jawab Mirza lalu memutuskan talian.Afisya juga terus melekangkan handphonenya daripada telinga.
"Katty,Mirza kimsalam kat kau.Die kate die nak balik nanti.Tak sabar aku rase.And die kate gak die nak jumpe kite nanti."Terang Afisya kepada Katty sambil menyedut sisa air minumannya tadi.
"Oh,waalaikumussalam..Oklah tu..Bile die nak jumpe kite?"Jawab Katty sambil mengesat mulutnya dengan tisu yang memang disediakan diatas meja makan tersebut.
"Erm..Tak tau lagilah.Mungkin die call lah nanti.Eh,jom cepat-cepat.Kelas aku dah nak mule ni.I should go now.Kau punye kelas pun mule pukul 12.30 jugak kan?"tutur Afisya sambil mencapai beg galas bewarna putih miliknya yang bersebelahan dengannya.Mata Katty yang galak itu pun terbeliak setelah tersedar bahawa kelasnya akan bermula tidak lama lagi.Lantas dia pun bangun daripada kerusi itu.
Jam dinding Kolej Dunia Kesenian telah menunjukkan pukul 2.30 petang.Menjengah ke kelas tarian Afisya,ramai pelajar brpusu-pusu untuk keluar pulang.Begitu juga dengan kelas vokal Katty.Setelah keadaan agak lengang,barulah mereka berdua keluar daripada kelas masing-masing.Mereka memang tidak gemar untuk berhimpit-himpit apabila keluar daripada kelas.Tidak ada apa untuk dikejarkan.Itulah yang sentiasa mereka ingat agar keadaan tidak menjadi terlalu sesak.tanpa berlengah mereka terus menuju kearah kereta Afisya yang terparkir kemas.Jika tidak ada apa-apa yang penting untuk di beli,Afisya akan terus pulang ke rumah.Dia mesti menghormati pesanan ibunya yang sentiasa menasihati anak-anaknya sejak kecil lagi.Selalunya,waktu-waktu begini perjalanan di Johor Bahru lancar,tidak terlalu sesak dengan kenderaan-kenderaan besar mahupun pacuan empat roda.Fikir Afisya lega kerana dapat meneruskan perjalanan pulang dengan lancar.Seperti biasa,sebelum Afisya pulang ke rumahnya,dia akan menghantar kawan karibnya Katty pulang dahulu.
"Terima kasih,Sya."ujar Katty.
"Same-same"Jawab Afisya.Sesampai sahaja di rumah Afisya teringat akan kata-kata kawan baiknya,Aji-'Sebab kau special sikit.'Seperti ada makna di sebalik kata-kata selambanya itu.Mungkinkah Aji menyimpan perasaan....Ah!!mana mungkin.Selama ini kami berkawan baik.Tidak mungkin ada perasaan cinta.Bisik Afisya seorang sejurus keluar daripada keretanya.Dengan fikiran yang buntu Afisya pun melangkah masuk ke pintu utama rumahnya.
"Aik!!Dah balik tak bagi salam pun?"Tanya Puan Misha.
"Oh,lupe pulak.Assalamualaikum."Ujar Afisya sambil tersenyum halus.Lalu,Afisya pun terus masuk ke bilik.Apa kena dengan anak gadisnya itu agaknya.Kelihatan seperti seorang yang buntu.Gerutu hati Puan Misha setelah melihat anaknya yang tidak seceria selalu.
Tuesday, November 24, 2009
TAJUK KARYA:FiLeM KeHiDuPaN..
Posted by eiqah akmal at 12:13 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment