? ??????????????Future Stars Will Be Dim? ????? ?? ???Rating: 4.8 (10 Ratings)??5752 Grabs Today. 13979 To
tal Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Punk Splatz? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??1078 Grabs Today. 3486 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ??? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, November 16, 2009

TAJUK KARYA:FiLeM KeHiDuPaN..[3]

                                            BAB 3

  Angin malam yang dingin sesekali meraup wajah mulus Afisya yang duduk dikerusi di laman rumahnya.Dimana agaknya kawan karibnya sekarang?Sampai sekarang tak lagi sampai.Rumah bukan jauh pun.Gerutu hati Afisya sementara sedang menunggu kehadiran kawannya,Katty.Setelah beberapa minit menunggu,Afisya pun terus masuk ke dalam rumah akibat dingin malam yang semakin sejuk di luar.Tiba-tiba kedengaran enjin motor yang semakin menghampiri rumahnya.Afisya pun menjenguk ke luar melalui pintu utama.Memang sudah agak,bunyi enjin motor tersebut kepunyaan kawan karibnya,Katty.Akhirnya penungguan Afisya sudah pun berakhir.
  "Assalamualaikum"sapa Katty sambil mematikan enjin motornya.
"Waalaikumussalam..Panjang umur kau..Apsal kau lambat sangat datang?Penat aku tunggu tau..Bukannye nak mesej ke telepon ke.."tegas Afisya kepada kawannya itu.
"Sya,Katty dah sampai ke tu?Bagi die masuk cepat..Sejuk kat luar tu.."Sampuk Puan Misha.
Lalu,Afisya bersama kawannya itu masuk ke dalam rumah.Mereka pun terus menuju ke bilik Afisya untuk memulakan perbincangan tentang kerja kursus mereka.
"Eh,kau tak jawab soalan aku lagi tadi kan?Apsal ek?"tanya Afisya yang mahukan keterangan daripada kawan karibnya itu.
"Macam mane aku nak jawab,dah ibu kau potong cakap aku tadi..hehe..Ala,macam kau tak tau masalah aku.Walaupun kite ni tinggal dalam satu kawasan perumahan yang same,malam-malam camni,kau ingat aku nak jalan sorang-sorang.Ni pun nasib baik abang aku balik cepat,boleh aku pinjam motor die.."Ujar Katty.
"Oh,baru aku paham..Ok takpe,kau dimaafkan.."Jawab Afisya sambil tergelak kecil.
"Eh,cepatlah kite mulakan discuss kite ni."Cadang Katty setelah mereka berbual kosong.
   Keheningan malam itu,telah dipecahkan oleh perbualan mereka berdua yang sekejap-sekejap ketawa.Puan Misha dan Encik Yusof yang sedang beristirehat sambil menonton tv di ruang tamu pun sering kali terganggu dengan kenyaringan suara anak mereka.Kadangkala,mereka pun menggeleng-gelengkan kepala.Sedang mereka berdua leka dengan perbincangan mereka itu,mereka tidak sedar jam didinding Afisya telah menunjukkan tepat pukul 10.00 malam.Handphone Nokia Katty yang berada di atas meja belajar Afisya tiba-tiba berdering.Lantas,dia terus mencapai telefon tersebut dan melihat tertera tulisan 'My Mom' di situ.Lalu,cepat-cepat dia melekapkan telefonnya itu di telinga.
"Assalamualaikum T..Dah pukul 10 ni..Kau lame lagi ke?Cepat sikit balik dah malam ni."Leter Puan Nor iaitu mak kepada Katty.
"Yela mak..Tak perasan pulak dah pukul 10..hehe..Nanti T terus balik ye mak..Dont worry."Katty menjawab dengan nada suara yang lembut agar tidak menyinggung perasaan maknya.
"Eh,oklah..Aku kena balik dulu..Mak aku bising dah tu..Lagipun kite dah siapkan assignment yang Puan Aina bagi tu kan."
"A'ah.Oklah.Aku pun tak perasan dah pukul 10 rupenye.Abislah aku esok bangun lambat lagi."Keluh Afisya.
Mereka pun terus keluar daripada bilik Afisya.
"Dah nak balik ke Katty?Tak nak minum dulu?"Sapa Encik Yusof yang kebetulan ternampak mereka keluar daripada bilik.Entah kenapa,tiba-tiba soalan itu yang terpancul keluar daripada mulutnya.Sedangkan beliau tidak tahu yang isterinya sudah membancuh kopi.
"Yela.Meh minum dulu."Pelawa Puan Misha.Memang Puan Misha membancuh air kopi panas untuk dinikmati mereka pada malam yang hening itu.Tetapi jawapan daripada Katty menghampakan.
"Tak apelah pakcik,makcik.Saya kena balik dulu,mak saya pun dah telepon tadi."Sambil dia melangkah keluar daripada rumah tersebut."Saya balik dulu ye makcik,pakcik ngan Sya."
"Jangan lupe kirimsalam pada mak ngan bapak Katty ye"Terang Encik Yusof sambil menghirup air kopi yang masih panas di atas meja yang berada di hadapannya.
"ok,jumpe esok tau."Afisya sengaja mengingatkan kawan karibnya.Lalu Katty pun menghidupkan enjin motornya.
"Eh,esok aku tumpang kau tau."Jawab Katty lalu terus memulakan perjalanan pulangnya.
   Seperi biasa,tepat pada pukul 6.00 pagi,loceng handphone Afisya yang memecah keheningan Subuh.Namun pada pagi itu,Afisya lantas sedar daripada tidur yang lena.Nasib baik dia dapat bangun awal hari ini.Desis hatinya yang lega dan mensyukuri nikmat-Nya kerana sekali lagi dia dapat memulakan hidup baru.Tanpa berlengah,Afisya terus mencapai tuala yang berada di tempat penyidai kain di sisi katilnya untuk membersihkan diri.Apabila siap,Afisya pun menunaikan solat Subuhnya dengan khusyuk.Dengan hati yang riang dan ceria,pandangannya terus menghala ke almari pakaiannya setelah selesai menunaikan ibadah wajib tersebut.Lalu,Afisya memilih pakaian yang bakal dipakainya nanti untuk ke kelas.Namun,baju blouse berwarna biru tua menjadi pilihannya pada hari itu.Tetapi fikirannya menerelawang sekejap,yang kelasnya nanti akan bemula pada pukul 9.00 pagi.Masih sempatlah untuk bersarapan dan berdandan.Bisik hati kecilnya.
  Afisya terus menuju ke dapur untuk melihat makanan sarapannya yang akan disantapnya nanti.Mungkin nasi goreng atau mee goreng ataupun nasi lemak.Fikirnya sebelum sampai di dapur.Tetapi sesampai sahaja dia di dapur,ibunya sedang membancuh air milo dan menyediakan 2 keping roti bersalut jem srawberry sahaja untuknya.Walauapapun,Afisya tetap bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan kepada mereka sekeluarga.
"Hai,cepat pulak anak dara ni bangun hari ni?"Perli Puan Misha yang kaget melihat anaknya tiba-tiba bangun awal.
"Terkejut ke?Nilah namenye suprise.hehe.."Jawab Afisya sambil ketawa kecil.
  Setelah siap bersarapan,Afisya terus melulu ke biliknya untuk bersiap lebih awal agar tidak terkocoh-kacah nanti.Pakaian yang tadi dipilih terus disarungkan dan terus berdandan.Selendang batik berwarna biru muda dililit dengan kemas di kepalanya.Lalu,memasukkan kerja kursusnya dan semua barang-barang penting ke dalam beg galas berwarna putih.Hari ini dia mahu kelihatan ceria dan gembira dengan warna-warna yang telah dia suai padankan melalui imejnya.Desis hati Afisya.

0 comments: